Saturday 9 February 2013

kebahgiaan hari ini seperti biasa

hari ini kami semakin ceria seperti biasa...dan  hubungan kami semakin rapat dan tak akan ada yang boleh memisahkan kami berdua.aku tahu yang dia amat menyangi aku..S terima kasih atas apa yang kau berikan pada aku dari dulu sampai sekarang...kau segala2 nya tuk aku.hubungan kami tak ada masalah pada keluarga S dan keluarga aku..mama okay jew.aku tahu mama tak kisah tapi jaga batasan nya..abang abang dan kakak aku pon okay dengan dia..tapi ayah la..aku dan dia masih takut takut..terima kasih la dekat S sebab faham ayah aku orang nya mcm mane kan..ayah akuseorang yang tegas tapi dia okay kalo kita pandai ambik hati dia. alhamdullah sekarang ayah pun dah mula percayakan S dan aku.paling epy sangat sekarang aku dan S tiap tiap minggu balik bersama.S hantar aku balik sampai rumah.dan ini maybe boleh merapatkan hubugan keluarga aku degan dia..heheehehehe...
hari ini kami semakin ceria seperti biasa..aku rasa kitaorang macam baru jew kenal.padahal dh lama..
.hari ni baru aku tahu yang student dekat sini tak tahu yang aku dengan S dh berkawan lama.sejak zaman sekolah lagi.hehehe..ada sorang kakak ni tanya " parents dh tahu ke kawan dengan S??" then aku cakap la " memang dah lame tahu kak,,kenapa?" "oh yeke!akak ingatkan korang baru je kenal masa kau masuk sini,,"..."tak da la kak,kitaorang kawan dai sekolah dulu..." terkejut besar dia..hehehe..pelik2..boleh pikir kan aku ni rapat sangat dengan S kan..tak kan la kitaorang baru kenal dh rapat macam tu sekali..
adoooiiii!!!!!...hehehehe..
tapi memang kelakar jugak lah..mati mati diaorang ingat aku dengan S baru kenal..lantak la korang..aku tak kacau korang,korang jangan kacau aku dh la..
aku baik2 gak..

Monday 4 February 2013

saban hari aku menunggu dia,, tapi kini aku bersamanya kembali dengan usaha dan kesabaran aku. pengalaman yang lalu kini menjadi panduan untuk kami lebih bersikap positif dan mengajar kami menjadi seorang yang lebih matang.kami bertemu kembali dengan cara dia menelefon aku melalui adik aku sendiri.pada mulanya memang aku tidak mahu untuk bertemu dan meneruskan hubungan kami tapi perasaan ini ...????aku terima dia dengan seadanya dan kembali bersama untuk bina hidup yang dan melupakan semua kengan pahit yang pernah kami lalui.tapi bagi aku semua itu tidak pernah sekali hilang dalam ingatan aku. dicaci, dimaki,dihina oleh orang yang penah hadir dalam hidup orang yang aku sayang iaitu S. S banyak berubah walau pun pada mulanya aku tidak memberikan ia kepercayaan sepenuhnya seperti dahulu tapi dia berusaha untuk membuatkan aku percaya padanya semula. kini genap 4tahun hubungan kami. dan alhamdullilah sehingga hari ini dia masih boleh pegang janji dan sumpah setia dia pada aku.dan memberikan kebahgiaan pada aku semula seperti dulu.

Friday 1 February 2013

hai selamat datang ke blog ini

kami berpisah selama dua tahun dan membuat hal masing-masing.aku sendiri tidak tahu apa yang sedang kami lalui. dalam perpisahan ini aku baru sedar yang aku amat memerlukan dirinya.aku terasa sangat kehilangan dia..apa yang perlu lakukan saat ini. aku benar benar rindukan nya. kenapa aku perlu kehilangan dia sedangkan dia tidak memerlukan aku???tidak lama kemudian aku terjumpa dia dengan sahabat baik aku dan aku mendapat tahu mereka ada hubungan.kenapa la kau buat aku begini sayang.kau macam tak ada perasaan langsung. malam tu kau sms aku dan meminta maaf kerana telah menduakan aku dan menjalinkan hubugan dengan sahabat baik aku sendiri.aku terpaksa mengadap korang date dengan hati yang terbuka dan terluka.mahu saja aku menagis tapi apalah daya aku.aku terpaksa menjaga hati sahabat baik aku itu.seelah setahun S dan Y menjalikan hubungan aku dapat tahu mereka telah clash,dan dalam masa yang sama S menjalinkan hubungan dengan  seorang perempuan bernama N .sekali lagi aku harus menelan semua pahit yang kau lakukan terhadap aku.selepas itu kau tidak berhubung dengan aku walau pun di laman sosial.apa yang aku lakukan sehingga kau buat aku begini sekali.S kau sedar tak yang aku amat mencintai kau.aku sanggup derita kerana kau.aku cuba berhubung dengan S melalui laman sosial tapi aku dihina,dimaki,dicaci oleh N ( makwe S) masa tu allah saja yang tahu bagaimana perasaan aku bila dimaki,dihina depan kau,dan kawan kawan kau yang mengenali aku.betapa malu nya aku.tapi kau???hanya mampu membisu dan menghilangkan diri..kenapa???kenapa semua ni jadi macam ni S???adakah aku benar benar tidak diperlukan lagi???...sejak kejadian itu,kau menghilangkan diri dan tidak muncul muncul lagi.aku cuba menelefon kau tapi ...kau telah pun menukar nombor telefon baru.apa yang harus aku lakukan??aku benar benar memerlukan kau S..dimana kau di saat ini??adakah kau telah melupakan aku??adakah aku hanya seorang yang tidak tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata??dalam masa yang sama aku cuba dan berusaha untuk melupakan kau.tapi makin aku melupakan kau makin rindu pada kau.sayang aku merayu padamu kembali la padaku. jangan kau menghukum aku sebegini rupa..aku tidak sanggup hidup tanpa kau.